| Tarikh | : 25 Mei 2025 |
| Masa | : 9.30 pagi – 11.30 pagi |
| Tempat | : Mini NADI Kampung Bilit Sukau |
| Peserta | : 1 Peserta |
Tujuan
Tujuan kelas Kunafa Pistachio Brownies ini adalah untuk memberikan pemahaman yang menyeluruh kepada para peserta mengenai bahan-bahan utama seperti kunafa, coklat dan pistachio serta teknik yang betul untuk mengolahnya. Peserta akan mempelajari cara menyediakan adunan brownies yang lembut dan moist, cara menghasilkan kunafa yang rangup, dan cara menggabungkannya bersama pistachio untuk mencipta gabungan rasa dan tekstur yang unik. Selain itu, peserta juga akan dibimbing untuk menyediakan Kunafa Pistachio Brownies dari awal hingga sedia untuk dihidangkan, serta diberikan tip penyimpanan dan penyajian agar kekal sedap dan tahan lama. Kelas ini juga bertujuan untuk meningkatkan kreativiti peserta dalam mengubah suai resipi mengikut citarasa dan trend semasa.
Aktiviti:
1. Demonstrasi membuat brownies, coklat ganache dan kunafa
gambar di sini