| Tarikh | : 14 Februari 2025 |
| Masa | : 3:00 Petang – 4:00 Petang |
| Tempat | : Mini NADI Kampung Bilit Sukau |
| Peserta | : 2 Peserta |
Tujuan
Webinar kali ini merupakan kelas ganti bagi taklimat yang sepatutnya diadakan pada bulan lepas. Tujuan utama taklimat ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada para pelajar mengenai bahaya siber buli, bagaimana cara mengenalinya, serta langkah-langkah yang boleh diambil untuk melindungi diri sendiri dan orang lain di dunia digital. Dalam sesi ini, peserta akan diberikan maklumat penting tentang bagaimana untuk meningkatkan keselamatan dan privasi dalam talian, serta memahami bentuk-bentuk dan kesan siber buli yang boleh memberi impak negatif kepada individu, terutama remaja.
Selain itu, webinar ini juga akan memberi fokus kepada cara-cara untuk menangani dan melaporkan insiden siber buli, serta menggalakkan pemahaman yang lebih mendalam tentang kepentingan etika dalam penggunaan media sosial. Peserta diharapkan dapat mengaplikasikan pengetahuan ini dalam kehidupan seharian mereka, agar dapat melindungi diri daripada ancaman dalam dunia digital dan berperanan aktif dalam menanggulangi masalah siber buli.
Aktiviti:
1. Taklimat webinar kesedaran Siber Buli
gambar di sini